RSS
i'm the producer, director, main actress, and the laziest scriptwriter of this blog... ENJOY XD

dendam yang termanis...

tajuk..perghhh hot...ade ke patut dendam tu manis?...bukan patut nyer pahit ke??..

lepas ni..kalau ade orang order air dapat air tawau...bole la order balik, "tambah dendam 2 sudu bole??" kalau macam ni...kene ade banyak dendam kat dunia ni...gula pon kurang...tak payah nak bising bile harga gula naik...sebab sekarang da ade alternative lain..gantikan gula dengan dendam...wakakakaka~
actually, aku ade bace post kat FB kawan aku....so, tertarik la nak bace...bende ni penting...kalau bukan pasal aku..maybe pasal orang lain...so, selamat membaca...dan selamat beramal... *nak jugak tulis~*

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkanbala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan.Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu




aku copy baik punyer~ *gaye pondan*....tak ade satu pon tertinggal....

aku suke ayat last tu....so, aku copy and past lagi..kali ni dari aku..bukan dari post tu.....

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu ^^v *peace no war*


saye copy dari I LUV ISLAM... http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1671-dendam-yang-termanis.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

fatiehah asmui said...

mende yang paling best dalam entry ni sbb aku bygkan mmg ayat ko sebijik2...bile ko tulis ko copy, aku gelak sorang2..gaya tertipu

unanswerable sunset said...

hahaha..hampeh la..ko ingt aku pndi dlm penulisan bunge2 ke??..hahahhaa...
ade gak tertipu.....XD

sWeeT (",) said...

nsib bek bkn ayt ori ko eca.. kalu x aku nk pggil eca mek bnga dah.. hahhaa

Zaini Zahim said...

tadi aku .ingatkan aku silap masuk blog org lain...ngeh3

unanswerable sunset said...

eton:adehh la...berbunga2 aku..pnggl cik bunga da la..hahaha
jenny:ko x silap da....klakar je bile org kate aku leh tulis mcm tu..hua3

Post a Comment